• Biodata
  • Generasi Felda
  • Sekolah Menengah
  • UIAM
  • In-Team

 

Nama Penuh Mohd Suhaimi Bin Saad
Nama Panggilan Mie
Umur 28 Tahun
Bintang Libra
Asal Felda Tementi, Triang Pahang
Tarikh Lahir 12 Okt 1980 Bersamaan 2 Zulhijjah 1400

Adik Beradik Anak ke 5 daripada 6 orang adik-beradik
Status Berkahwin
Isteri Nordiana Binti Md Naim
Anak Ehmad Hadie Elfardie
Ibu Fatimah Binti Aam
Ayah Saad Bin Jamaluddin
Pekerjaan Ayah Peneroka
Pendidikan Sek. Keb. LKTP Tementi, Triang Pahang
  Sek. Men. (A) Al-Wosto, Temerloh Pahang
  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Penglibatan dalam bidang seni Menganggotai kumpulan In-Team 2001-2005
  Bergerak secara solo 2006-Sekarang
Album Kias Cinta
Syarikat Karyamosus
e-mail karyamosus@yahoo.com
Website suhaimi.com.my

 

Suatu masa dulu, sewaktu aku masih di peringkat rendah, hujung minggu sering aku luangkan bersama keluarga untuk membantu ayah di ladang, menebas semak, menyusun pelepah kering dan mengutip buah lerai adalah rutin biasa yang sangat tidak aku gemari. Mungkin kerana dek sifat keartisan yang tersemai sejak kecil membuatkan aku selalu "ponteng" dari tugas-tugas itu, hanya muncul semula pada waktu makan dan mandi sungai. Apa lagi untuk melakukan kerja-kerja lebih berat seperti mengait kelapa sawit dan menyabit pelepah, mungkin pernah hanya satu dua kali aku lakukan, itupun dengan bantuan ayah. Pun begitu, tak pula aku terlepas merasi peritnya disengat tebuan tanah, apalagi digigit kerengga dan nyamuk.

 

SEKOLAH MENENGAH. Hari ini, zaman telah berubah. Semua itu hanya jadi kenangan yang tidak mungkin aku lupakan. Sejak melangkah ke asrama di Temerloh, tiada lagi permainan "tuju tin, tol(galah panjang), jengkek(kunda-kundi), apatah lagi hobi menangkap ikan dan udang di paya dan menjerat burung raja udang. Sesekali rasa rindu pula untuk mengulangi semua itu. Tapi kehidupan di asrama sangat berbeza, walaupun mempunyai ramai kawan, jadual dan peraturan asrama yang sangat "ketat" tidak banyak memberi aku peluang melakukan aktiviti sama di felda, apa lagi bila pulang bercuti hanya sebulan sekali. Tapi alhamdulillah, keterbatasan itulah yang telah membawa aku berhijrah ke Kuala Lumpur apabila lulus dengan pangkat satu dalam sijil pelajaran malaysia.

 

Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Sebelum melangkah masuk ke pusat matrikulasi UIA di Petaling Jaya pada Jun 1999, aku sempat merasa gelaran pelajar tahfiz selama dua bulan menuntut di pusat itu di Kuantan. Bagaimanapun benarlah kata pepatah, kita hanya merancang, tapi Tuhan tidak meletakkan rezeki aku di situ. Seminggu bergelar pelajar matrik, ibuku telah kembali kerahmatullah akibat serangan barah. Parah.. Dua tahun di Petaliang Jaya bukanlah perjalanan yang mudah bagiku, sehinggalah aku berpindah ke Gombak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam jurusan bahasa arab. 

Di sinilah aku mula menyertai kumpulan nasyid In-Team. Bergaul dengan pelajar dari pelbagai bangsa dan mempunyai beberapa kenalan dari China, Afrika, Arab dan lain-lain negara. Suasana pembelajaran di universiti rupanya berbeza berbanding belajar di sekolah. Di sekolah, guru yang akan berjalan masuk ke kelas pelajar untuk mengajar, tapi di universiti, pelajar yang perlu mendaftar dan bergerak untuk mendapatkan kelas dan pensyarah. Biarpun terdedah kepada persekitaran taman ilmu dan moral, ia tidak bermakna kita dijamin. Kerana kebebasan yang dimiliki serta suasana baru yang kita alami di ibu kota mungkin membuatkan kita terlupa dan terleka. Di sini, selain bijak memilih kawan, iman dan kebijaksanaan amat penting untuk membentengi diri.

 

Waktu lapang semasa di sini tidak banyak, aku habiskan di hostel. Kecenderungan terhadap lagu-lagu nasyid telah memindahkan aku ke suatu arena baru yang penuh warna-warni. Benar kata kata arwah ibu, tidak perlu beriya-iya menonjolkan diri kerana "Permata pasti akan terlihat kilauannya meskipun berada di celahan kaca". Menganggotai In-Team hingga 2005 telah membawa aku ke seluruh pelusuk tanah air. Terima Kasih Inteam. Siapa sangka, anak peneroka yang dulu hanya menapak untuk ke sekolah dan hanya membonceng motosikal buruk ke sana-sini, telah pun menjejak kaki ke Singapura, Thailand, Jakarta dan Brunei. Menginap di hotel lima bintang, menyanyi di hadapan puluhan ribu manusia dan hari ini telah pun memiliki syarikat sendiri, bukan suatu yang biasa bagi kami anak-anak di felda.
 
Karyamosus adalah syarikat yang digunakan
Namun itulah yang bernama takdir... namun, tidaklah semudah cerita dan kata-kata untuk terus tetap berada di laluan ini. kepiluan, air mata dan kepayahan adalah teman dan pendorong setia yang tak patut aku lupakan sampai mati. Sesungguhnya kesenangan dan kejayaan yang masih diimpikan itu benar-benar memerlukan pengorbanan dan ketabahan hati. Paling penting, jangan pernah lupa untuk berdoa dan bertawakkal kepada yang Maha Kaya dan Maha Pemberi.

 




 


 

WWW.SUHAIMI.COM.MY


Free chat widget @ ShoutMix